Aktiviti Permainan 'Sudu Cari Garfu, Garfu Cari Sudu'
Pada minggu ini, murid-murid daripada DIMENSI KEEMPAT (DARJAH 4) telah menjalankan aktiviti yang mudah, santai dan menarik. Setiap daripada mereka telah diberi 'sebatang sudu' atau 'sebatang garfu'. Pada setiap 'sudu' dan 'garfu' mereka, tertera sepatah perkataan. Lantas, tugas murid-murid adalah mencari pasangan mereka berdasarkan senarai kata berlawan yang telah dipelajari.
Sebagai contoh, Raqib memiliki 'sudu' yang tertera pada 'sudu'nya perkataan BERGELORA. Dia dikehendaki mencari 'garfu' yang dimiliki oleh temannya dan sudah tentu perkataan itu menunjukkan makna yang berlawanan. Apakah jawapannya, murid-murid? Saya percaya kamu lebih mengetahuinya kerana kamu telah menjalankan aktiviti ini.
Setiap kali seseorang murid mahu mencari pasangannya, dia hendaklah mengujarkan dialog ini. "Sudu saya sudu....". Dialog ini pula akan disahut dengan ucapan "Garfu saya pula garfu...."
Raqib: Sudu saya sudu BERGELORA.
Hasif: Garfu saya pula garfu TENANG.
Oh ya, murid-murid Darjah 5 juga telah menjalani aktiviti ini, bukan? Bagaimana dengan pendapat kamu? Cikgu akan cuba sedaya-upaya memperbaiki kelemahan aktiviti kita. Yang baik, kita jadikan tauladan. Yang buruk, kita jadikan sempadan.
Untuk pengetahuan murid-murid, Cikgu akan menjalankan aktiviti lanjutan menyusuli aktiviti 'Sudu Cari Garfu, Garfu Cari Sudu'. Aktiviti ini diberi nama aktiviti 'Sila Sediakan Meja Untuk Lapan Orang'.
Cikgu berpendapat Cikgu perlu melantik seorang 'PENGURUS RESTORAN' untuk memastikan setiap pasangan murid yang memiliki pasangan kata berlawan yang betul diizinkan untuk mendapatkan 'PINGGAN' mereka pula. Sekurang-kurangnya bukan Cikgu seorang sahaja yang mengiyakan dan menidakkan. Cikgu sentiasa percaya setiap anak murid itu berkebolehan untuk menyampaikan, berkongsi dan mengendalikan aktiviti sedaya mereka.
Ok, pada waktu akan datang, kita akan cuba menjadi 'PENGURUS RESTORAN' pula ya!

0 Comments:
Post a Comment
<< Home