SI AWANG KENIT
Matahari menyuluh bumi. Gumpalan awan berarak perlahan. Hembusan bayu membelai tubuh Awang Kenit. Burung-burung pula berterbangan dengan riang sekali. Betapa senangnya hati Awang Kenit kerana dapat menghirup udara yang segar. Baginya, setiap hari yang dilalui adalah peluang untuk dia belajar. Belajar melalui pengalaman hidup.
Tugas Awang Kenit pada hari ini adalah membawa lembunya ke tepi hutan. Pada tanduk lembu itu, Awang Kenit berpaut. Maklumlah, Awang Kenit adalah manusia istimewa yang memiliki tubuh sebesar ibu jari. Sambil menyanyi dengan girang, dia melompat-lompat di atas kepala lembu itu. Dia terpesona melihat alam sekeliling yang indah. Pohon-pohon yang rimbun dan menghijau ternyata membuat Awang Kenit terhibur.
Waktu kian berlalu. Awang Kenit berasa letih lalu berehat di dalam pelepah pisang. Oleh sebab terlalu penat, dia terlelap dan belayar ke alam mimpi.
Sementara itu, lembu yang dibawanya ke tepi hutan itu pula sedang mencari makanan. Malang tidak berbau. Lembu itu makan pelepah pisang yang menjadi tempat tidur Awang Kenit.
Alangkah terkejutnya Awang Kenit apabila dia bangkit daripada tidur dan mendapati keadaan sekelilingnya gelap-gelita. Kasihan Awang Kenit! Dia berada di dalam perut lembu yang dibawanya tadi. Hatinya dibantai ketakutan. Namun dia yakin, dia harus bijaksana untuk menghadapi cabaran ini.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home