Hasil Pena Muhd Luqman Bin Abdullah 4C
DIHADAPKAN KE MUKA PENGADILAN
Pada hari Sabtu yang lalu, sebuah rumah teres jiran saya yang bernama Kancul telah dipecah masuk. Perompak yang memasuki rumah tersebut telah memecahkan jendela menggunakan besi pengumpil sebagai senjata. Perompak itu memakai baju serba hitam supaya tidak dapat dilihat dalam gelap. Dia juga membawa sehelai karung untuk menyimpan barang-barang kemas.
Dia berjengket perlahan-lahan sewaktu menceroboh masuk ke dalam ruang tamu. Matanya melilau untuk memastikan tiada siapa yang nampak keberadaannya di situ. Dia pun membuka almari dengan paksa. Kemudian, perompak itu mencuri barang-barang kemas yang berharga lima ribu dolar itu. Dia menyimpan barang-barang kemas itu di dalam karungnya.
Ketika dia hendak melarikan diri, Kancul terperanjat bertembung dengan perompak itu di rumahnya. Kancul memekik dengan kuat. Jiran-jiran yang lain bangkit dari katil lalu mendapatkan Kancul. Mereka bertanya kepada Kancul apa yang terjadi. Kancul menelefon polis dan melaporkan apa yang terjadi. Jiran-jiran Kancul mengejar perompak itu.
Tidak lama kemudian, pegawai polis pun sampai. Dengan pertolongan jiran-jiran Kancul, perompak itu berjaya ditangkap dan menyerah diri. Kancul berasa gembira kerana barang-barang kemasnya diperolehi semula. Perompak yang bernama Lehman itu akan dihadapkan ke muka pengadilan.
Mohd Luqman Bin Abdullah
4C
Sekolah Rendah Yu Neng
(Komen Cikgu Noraini: Penulisan dan deskripsi yang lancar. Permulaan karangan boleh dimenarikkan dengan pemerian alam pada waktu malam. Penggunaan dialog juga boleh disisipkan.)

0 Comments:
Post a Comment
<< Home