Cintailah Bahasa Kita

Wednesday, September 20, 2006

DIMENSI KEEMPAT BERLAKON








Pada 21 Ogos 2006, Dimensi Keempat telah mengambil kesempatan untuk beraksi di atas pentas Balai Rakyat Kaki Bukit.



Pada pagi itu, Jawatan Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) mengadakan Ceramah Kesihatan dan Keselamatan.



Bagi mengisi acara selingan, sembilan orang peneroka Dimensi Keempat telah berlakon dalam sketsa komedi 'GIGI OH GIGI!'



Tetamu kehormat iaitu Dr Faishal Ibrahim telah sempat bersalaman dan bergambar dengan pelakon-pelakon cilik ini.



Sayangnya, gambar itu tidak dikirimkan kepada Cikgu. Hmm....



Gambar-gambar di atas adalah dari petikan video kamera Cikgu pada pagi itu.



Disebabkan itu, gambarnya tidak begitu jelas.



Kalau tidak ada rotan, akar pun berguna juga.

LATIHAN TERAKHIR DI STUDIO






Kecoh dan ghairah! Begitulah aksi mereka di studio latihan.
Al kisah, pada suatu hari, Atok menziarahi cucu kesayangannya yang kuat makan tetapi cukup malas memberus gigi.
Geli hati betul melihat aksi Atok yang kecil molek (lakonan Muhd Ashraff 4A) menasihati cucunya yang besar tinggi itu (lakonan Muhd Nasrulhaq 4A).
Atok pun memberi ceramah tentang pentingnya menjaga gigi.
Cucu kesayangan Atok berjanji akan membuat perubahan tetapi setelah Atok pulang, cucunya kembali mengulangi sikap buruknya!
Makan, makan dan makan tetapi TIDAK BERUS GIGI!!!!!

LATIHAN TERAKHIR 2





Pada waktu malam, ketika cucu sedang belayar di alam mimpi, dia didatangi pasukan askar GIGI!
Pasukan askar GIGI itu sebenarnya gigi-gigi Nasrul sendiri, kononnya!
Pasukan askar GIGI itu meluahkan perasaan kecewa dan marah mereka terhadap Nasrul.
Mereka pun merancang untuk memberontak.
Pasukan askar gigi terdiri daripada Hakeem (4G), Andrian (4E), Faisal (4G), Syaiful Fahmi (4B), Salman (4E), Daniel Rizky (4D) dan Shardad (4G).
"Pasukan gigi masuk mengadap!"
Begitulah arahan komander pasukan gigi iaitu Salman! Hehehehe.

LATIHAN TERAKHIR 3





Saturday, September 09, 2006

Datuk Ashraf bersama cucu kesayangannya, Nasrul






Lakonan Ashraf yang bersahaja dan berjaya menambat hati para penonton di Balai Rakyat Kaki Bukit. Nasrul yang lincah dan keletah pula menjayakan watak utama sebagai seorang cucu yang kuat makan tetapi tidak menjaga kesihatan giginya.





Thursday, September 07, 2006

Pertandingan Mencipta Sajak (Sempena Hari Guru)

Pertandingan Mencipta Sajak (Kategori Berbait)

Rosandiqah 5F

Hari-hari aku ke sekolah
Belajar daripada guruku yang sungguh bijaksana
Dia memberiku keyakinan untuk belajar
Kebanyakan ilmuku dicurahkan oleh guruku yang cantik itu

Dia selalu mengambil tahu tentangku
Aku anggap guruku sebagai ibu yang kedua
Guruku bersopan santun dan berbudi bahasa
Dia bak pelangi di langit tinggi menghiasi hidupku

Senyumannya yang manis membuat hatiku gemar belajar
Dia menyayangi murid-muridnya seperti anaknya sendiri
Sekolahku tamat pukul satu petang
Tapi pelajaranku tidak tamat di situ

Aku belajar dengan yakin


Nurhazirah Daud 5B

Guruku
engkau telah memberiku yang terbaik
engkau memberiku ilmu
engkau pandai mengambil hatiku
sewaktu aku bersedih

Guruku
engkau seorang yang penyabar
serta bersopan santun
engkau selalu berada di sisiku
ketika aku memerlukan

Guruku
senyumanmu manis
engkau berakhlak mulia
engkau selalu mendoakan kami
agar kami menjadi murid yang baik

Guruku
engkaulah guru yang teristimewa
serta yang tercinta di hatiku
engkau selalu bersikap adil kepada kami

Terima kasih kerana telah melengkapkan kekurangan dalam diriku.
Terima kasih guruku!


Amira Syafiqah 5F

Guruku
engkaulah yang memberiku ilmu
engkaulah yang memimpinku dalam pelajaranku
engkaulah yang melengkapkanku dengan kepandaian

Guruku
engkau istimewa
engkau selalu memberiku yang terbaik
bertimbang rasa
bijaksana

Guruku
senyumlah selalu
senyumanmu manis
ikhlas terasa
engkaulah yang teristimewa

Selamat Hari Guru!


Pertandingan Mencipta Sajak (Kategori Akronim)

Nur Haslinda Izwani 5D

Caramu mengajar memberi
Inspirasi yang tidak ada nokhtahnya
Kaedah pengajaranmu memberi kesan
Gurauanmu membuat kutertawa
Untung sekali aku mendapatmu sebagai guruku

Zamrud, itulah nilai diri dan perwatakanmu
Akhirnya, kau pergi jua apabila kuberganjak ke darjah lima
Ikhtiar yang telah kautunjukkan kepada kami amat kuhargai
Nasihatmu membuat diriku ingin berubah
Orang di sekelilingmu mengkagumi kehebatanmu
Nian disanjungi di hatiku wahai guru


Nadiah Samsuri 5B

Cerdik pintar bijaksana
Ikhlas tulus suci hatimu
Kau seorang yang berjasa
Garang namun tabah
Unik pengajaranmu

Alim berilmu berbudi bahasa
Langkah demi langkah kau mengajar
Lama-kelamaan kami cemerlang
Ilmu kau beri sungguh berharga
Selamat Hari Guru, wahai Cikgu Allis


Muhd Anas 5D

Cikgu yang cerdik menghadapi pelajar
Ilmu yang kau beri serta
Keikhlasan hatimu mencurahkan ilmu dihargai
Gigih dan tetap teguh pendirian
Unik sekali teknik pengajaran yang disampaikan

Naungan untuk pelajar-pelajarmu
Otakmu aktif berfikir
Realiti mengenal erti tentang
Adanya kesusahan dan kesenangan
Ingin kau kejar satu impian
Namun kau perlu hadapi roda perjuangan
Impian memperolehi piala kemenangan


Azhar 5D

Cintanya kepada ilmu berkobar-kobar
Ikhlas kepada semua muridnya
Kepandaiannya dikongsi
Guru Melayuku yang pertama
Untung sekali aku

Rahmat Ilahi kerana mendapatmu sebagai guru
Orang yang akan mendoakan kami
Hatinya sungguh mulia
Akan sentiasa di sisi muridnya apabila diperlukan
Yakin kepada kebolehan murid-muridnya
Akan kuingati jasamu
Harapannya melihat murid-muridnya berjaya


Nur Nazhuurah 5C

Cintamu kepada ilmu berkobar-kobar
Ilmu yang diberi sangat berharga
Kasih sayang disebarluaskan untuk kami
Guru yang sentiasa mendoakan kami
Untungnya aku mendapat guru sepertimu

Rohani yang suci
Orang yang ikhlas
Hati yang tabah sepanjang hayat
Akhlakmu diteladani
Yang paling kucinta
Amanah dan jujur
Harapanmu moga terlaksana


Nur Elaina Suhairi 5D

Cerdik sungguh
Ikhlas selalu
Kesayangan murid-murid
Guru yang tercinta
Untukmu guru yang terpilih

Hati yang suci dihormati selalu
Ajaranmu unik
Naluri dengan murid kuat sekali
Ibarat ayah sendiri
Faedah kami perolehi daripada ilmumu
Falsafah hidupmu kami perlukan
Afiat sungguh guruku setiap hari!


Md Afiq 5D

Cerdik dan mulia
Ikhlas dan bijaksana
Kelakar dan peramah
Guruku baik hati
Untung aku mendapat guru sepertinya

Hatinya tulus dan sabar
Alim dan bersopan santun wataknya
Nasihat untuk kami diberi tanpa jemu
Insan yang kuhormati
Faham segala yang diajarnya
Akhlaknya disenangi

Tuesday, September 05, 2006

Pertandingan Mencipta Pantun (Sempena Hari Guru)

Pertandingan Mencipta Pantun (Ciptaan Asli)

Nurazirah (4B)

Madu dihasilkan oleh sang lebah
Hujung minggu kita berkelah
Guruku mengajar dengan tabah
Tidak hirau penat dan lelah

Setiap pagi membancuh teh
Mendengar radio pelbagai lagu
Guruku mendidik tanpa letih
Betapa indah Bahasa Melayu

Membeli buku di kedai buku
Terlihat buku bersiri hantu
Sungguh ghairah melihat guru
Inginku belajar ilmu yang baru


Muhd Nasrulhaq (4A)

Menonton Singapore Idol makan capati
Tidak lupa mengundi Hadi
Guru-guruku semua sangat baik hati
Mereka mengajar menabur budi

Saya suka gigit kuku
Ditegur guru kurasa malu
Cikgu Nora guru kegemaranku
Dia ramah dan tersenyum selalu


Raqib (4A)

Emak pergi ke tepi pantai
Hendak memancing ikan haruan
Guru mengajar supaya pandai
Dia berbakti tidak minta balasan


Pertandingan Mencipta Pantun (Mereka Pembayang)

Zulhadi Bin Saini (4C)

Sally gemuk seperti gajah
Cikgu garang seperti singa
Guru ibarat mentari gah
Menerangi hidup kami semua

Kuminta maaf zahir dan batin
Kepada guru yang baik hati
Guru penyayang guru prihatin
Mengambil tahu kebajikan kami


Ashraf Bin Mansoor (4A)

Mahu beras tanamlah padi
Sambil menunggu waktu berlalu
Guru mendidik menabur budi
Jasa baiknya kukenang selalu


Syahrain (4C)

Ke kutubkhanah setiap Rabu
Tuisyen pula setiap Sabtu
Peranan guru ibarat ibu
Mendidik kami tak pernah jemu