Cintailah Bahasa Kita

Tuesday, November 28, 2006

PELAJAR TERBAIK PSLE 2006

PELAJAR TERBAIK PSLE 2006

Rebecca Margaret Ranee Jeyaraj (Perempuan) Sekolah Rendah Perempuan Raffles
Md Fadhli B Md Ikbal (Lelaki) Sekolah Rendah Tampines
Nur Atiqah Bte Azhari (Perempuan) Sekolah Rendah Northland
Tan Hui Min (Perempuan) Sekolah Ai Tong
Seah Wen Yan Jaslyn (Perempuan) Sekolah Rendah Bukit Panjang
Cai Anni (Perempuan) Sekolah Rendah Perempuan Raffles
Vijay Periyannan (Lelaki) Sekolah Rendah Rulang
Abdul Muhaimin B Abdul Rahman (Lelaki) Sekolah Rendag St Hilda's


PELAJAR MELAYU TERBAIK PSLE 2006

Md Fadhli B Md Ikbal Sekolah Rendah Tampines
Nur Atiqah Bte Azhari Sekolah Rendah Northland
Abdul Muhaimin B Abdul Rahman Sekolah Rendah St Hilda's
Mohamad Farhan B Khalid Sekolah Rendah Sembawang
Nur Alisa Bte Suhaime Sekolah Rendah Rulang
Nur Sakeenah Bte Abdullah Sekolah Rendah Si Ling


Tahniah kepada semua pelajar yang telah beroleh kejayaan!

Saturday, November 25, 2006

SI AWANG KENIT

Matahari menyuluh bumi. Gumpalan awan berarak perlahan. Hembusan bayu membelai tubuh Awang Kenit. Burung-burung pula berterbangan dengan riang sekali. Betapa senangnya hati Awang Kenit kerana dapat menghirup udara yang segar. Baginya, setiap hari yang dilalui adalah peluang untuk dia belajar. Belajar melalui pengalaman hidup.

Tugas Awang Kenit pada hari ini adalah membawa lembunya ke tepi hutan. Pada tanduk lembu itu, Awang Kenit berpaut. Maklumlah, Awang Kenit adalah manusia istimewa yang memiliki tubuh sebesar ibu jari. Sambil menyanyi dengan girang, dia melompat-lompat di atas kepala lembu itu. Dia terpesona melihat alam sekeliling yang indah. Pohon-pohon yang rimbun dan menghijau ternyata membuat Awang Kenit terhibur.

Waktu kian berlalu. Awang Kenit berasa letih lalu berehat di dalam pelepah pisang. Oleh sebab terlalu penat, dia terlelap dan belayar ke alam mimpi.

Sementara itu, lembu yang dibawanya ke tepi hutan itu pula sedang mencari makanan. Malang tidak berbau. Lembu itu makan pelepah pisang yang menjadi tempat tidur Awang Kenit.

Alangkah terkejutnya Awang Kenit apabila dia bangkit daripada tidur dan mendapati keadaan sekelilingnya gelap-gelita. Kasihan Awang Kenit! Dia berada di dalam perut lembu yang dibawanya tadi. Hatinya dibantai ketakutan. Namun dia yakin, dia harus bijaksana untuk menghadapi cabaran ini.

Wednesday, November 15, 2006

HANG TUAH DAN SAHABAT-SAHABATNYA

Hang Tuah bersahabat karib dengan Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Pada usia sekecil itu, mereka sungguh berani dan cekap dalam ilmu persilatan.

Pada suatu hari, ketika mereka sedang duduk bersembang, tiba-tiba mereka terdengar jeritan. “Orang mengamuk! Orang mengamuk!“

Penduduk-penduduk kampung lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri. Mereka bergegas masuk ke dalam rumah masing-masing lalu mengunci semua pintu dan tingkap. Namun Hang Tuah dan keempat-empat sahabatnya tidak berganjak dari situ.

Datuk Bendahara dan pembesar-pembesar negeri serta pengiringnya yang sedang berjalan di daerah itu terserempak dengan orang-orang yang mengamuk itu. Semua pembesar dan pengiring membuka langkah seribu meninggalkan Datuk Bendahara. Mereka tidak berani menghadapi serangan pengacau-pengacau itu.

Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya menyelamatkan keadaan dengan berlawan dengan pengacau-pengacau itu. Dengan kecekapan Hang Tuah dan empat orang sahabatnya, pengacau-pengacau itu berjaya ditewaskan.

Datuk Bendahara terhutang budi dengan jasa mereka berlima. “Akan Datuk khabarkan kepada Sultan tentang kegagahan kamu berlima,“ ujarnya.