Hasil Pena Syahrain Bte Ramlan 4C
AYAM TERLEPAS, TANGAN BAU TAHI
Keadaan pada malam itu sunyi sekali. Purnama memantulkan cahaya. Semua orang sudah melelapkan mata. Seorang pemuda bernama Amirul tidak boleh melelapkan matanya pada malam itu. Dia bercadang untuk menceroboh sebuah rumah banglo yang berdekatan dengan rumahnya. Dia hendak merompak harta yang terdapat di situ. Dengan segera, Amirul menyalin pakaian serba hitam dan menutup mukanya dengan sehelai kain yang berbentuk segi tiga. Dia pun mengorak langkah ke destinasinya. Dia tidak mengetahui bahawa rumah banglo itu ialah rumah pakciknya, Pak Samad yang baharu berpindah di situ. Setibanya di sana, dia ternampak jendela rumah itu terbuka. Dengan perasaan gembira, dia memasuki rumah Pak Samad melalui jendela itu.
Setelah dia memasuki rumah Pak Samad, dia berjengket perlahan-lahan ke arah almari. Amirul terkejut apabila membuka almari itu kerana dia nampak harta yang banyak. Dia mengambil semua harta itu dan memasukkannya di dalam karung yang telah dibawa. Pada waktu yang sama, Pak Samad pula terbangun daripada alam mimpinya kerana hendak membasahkan tekak yang kering. Dia dengan malas menuju ke arah tangga rumahnya untuk ke dapur. Amirul yang diterkam rasa tamak, merasakan harta yang telah diambil tidak cukup. Dia menyusun langkah menuju ke tangga rumah itu.
Amirul terkejut apabila ternampak seorang lelaki tua yang wajahnya mirip dengan pakciknya. Pak Samad pun terperanjat dan menjerit, “Tolong! Tolong! Ada perompak di sini!” Isteri Pak Samad yang terdengar jeritan suaminya dengan segera menelefon polis.
Amirul mengorak langkah seribu menuju ke jendela yang dimasuki tadi. Dia terjatuh di jendela itu semasa mahu keluar dari situ. Pak Samad menangkap Amirul dan membuka kain yang menutupi muka Amirul. Dia amati wajah lelaki itu dan berkata, “Ini macam muka anak Cik Zainal? Betulkan kamu Amirul?” Amirul menganggukkan kepala. Kemudian polis pun tiba dan menangkap Amirul. Pak Samad menelefon ibu dan bapa Amirul untuk memberitahu mereka tentang perkara ini. Semenjak peristiwa itu, Amirul bertekad tidak akan membuat perkara yang buruk macam itu lagi.
Syahrain Ramlan
4C
Sekolah Rendah Yu Neng
(Komen Cikgu Noraini: Deskripsi yang persis. Idea penulisan yang menarik. Unsur saspens diwujudkan. Syabas!)

0 Comments:
Post a Comment
<< Home