Cintailah Bahasa Kita

Sunday, July 30, 2006

Dimensi Keempat Berdarmawisata




Di dalam perjalanan, berbagai-bagai perasaan berkocak di hati. Ada yang tidak sabar, ada yang hilang sabar, ada yang ghairah, ada yang gembira. Moga perjalanan tenang dan selamat, hendaknya.

Setibanya di kawasan Esplanade



Peneroka-peneroka Dimensi Keempat mendengar taklimat di bawah terik mentari. Cuaca kelihatan redup di dalam gambar tetapi sebenarnya, tidak! Tempat ini merupakan tempat paling sesuai untuk memberi taklimat kerana kawasannya luas dan tidak ramai orang yang lalu-lalang.


Peneroka-peneroka diberi sebuah buku nota oleh pihak penganjur untuk mencatat apa sahaja. Seperti suatu kemestian dalam program darmawisata, kertas kerja telah disediakan untuk murid-murid agar lawatan mereka dapat dikaitkan dengan aspek bahasa.

Friday, July 28, 2006

Destinasi Pertama: Taman Esplanade



Perjalanan kami terkandas dek kesesakan jalan raya. Peneroka-peneroka Dimensi Keempat semakin tidak sabar untuk tiba ke destinasi. Nampaknya, keghairahan mereka memuncak tinggi.

Lagu tema Bulan Bahasa diputarkan di dalam bas. "Mari bangsaku, mari saudara. Kita gunakan bahasa bunda. Sebagai lidah penggugah rasa. Cinta bahasa, cinta budaya..."

(Liyana, Syafiqa, Hijanah, Azirah, Shahirah)

(Nasrulhaq, Farhan, Salman, Ashraf, Luqman, Nazhief)

Wednesday, July 26, 2006

Aktiviti Bulan Bahasa: Program Darmawisata Ke Sungai Singapura




26 orang murid darjah empat atau diberi gelaran Dimensi Keempat telah menyertai aktiviti Bulan Bahasa pada 22 Julai 2006 yang lalu. Aktiviti ini merupakan sebuah program darmawisata ke Sungai Singapura anjuran Balai Rakyat Kaki Bukit. Cikgu Noraini dan Cikgu Syafridah selaku fasilitator pada hari itu sungguh seronok bersama kalian. Yok, ke Sungai Singapura!