Setibanya di kawasan Esplanade


Peneroka-peneroka Dimensi Keempat mendengar taklimat di bawah terik mentari. Cuaca kelihatan redup di dalam gambar tetapi sebenarnya, tidak! Tempat ini merupakan tempat paling sesuai untuk memberi taklimat kerana kawasannya luas dan tidak ramai orang yang lalu-lalang.
Peneroka-peneroka diberi sebuah buku nota oleh pihak penganjur untuk mencatat apa sahaja. Seperti suatu kemestian dalam program darmawisata, kertas kerja telah disediakan untuk murid-murid agar lawatan mereka dapat dikaitkan dengan aspek bahasa.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home